Anjing dalam sains Senarai anjing individual

  • Anjing Pérang, dibunuh selepas viviseksi pada Februari 1903. Sebuah patung peringatan membangkitkan rusuhan.
  • Ch. Fiacre’s First and Foremost, anjing pertunjukan asid urik rendah.
  • Marjorie, seekor anjing ternyahpankreas, ialah subjek uji kaji oleh Frederick Banting dan pembantunya, Charles Best. Marjorie disimpan hidup-hidup selama kira-kira 70 hari dengan pankreas dikeluarkan, yang merupakan kejayaan pertama dalam usaha doktor untuk menemui cara untuk mengawal kencing manis. Kesudahannya, ini membawa Banting dan Best untuk mengasingkan insulin.[99]
  • Anjing-anjing Pavlov, yang merupakan subjek penyelidikan Pavlov terhadap penyesuaian klasik.
  • Snuppy, seekor anjing pemburu Afghan, merupakan anjing pertama yang diklon.

Anjing angkasa

Kesatuan Soviet memilih anjing untuk penerbangan angkasa awal, bertentangan dengan Amerika Syarikaat, yang memilih monyet dan cimpanzi.

  • Laika, seekor anjing baka kacuk betina, menjadi haiwan pertama untuk mengorbit apabila ia dilancarkan ke angkasa menaiki Sputnik 2. Kehadiran Laika membawa kepada misi digelar "Muttnik". Ia juga merupakan yang pertama untuk mati di orbit, kerana tiada persediaan dilakukan untuk mengembalikannya ke tanah.
  • Belka dan Strelka, dua ekor anjing baka kacuk Rusia, melawati angkasa menaiki Sputnik 5 dan kembali. Mereka merupakan haiwan pertama untuk terselamat dalam penerbangan orbit.[100] Strelka kemudian melahirkan seperinduk anak anjing, salah satu daripadanya diberikan kepada Caroline Kennedy oleh Perdana Menteri Soviet Nikita Khrushchev.[100]

Rujukan

WikiPedia: Senarai anjing individual http://www.dailytelegraph.com.au/lifestyle/they-ca... http://www.defence.gov.au/media/DepartmentalTpl.cf... http://www.abc.net.au/news/stories/2009/11/12/2741... http://www.24chasa.bg/Article.asp?ArticleId=301833... http://ofuxico.uol.com.br/Materias/Noticias/notici... http://www.collectionscanada.ca/king/05320113/0532... http://sci.ce.cn/society/policy/200609/05/t2006090... http://boston.about.com/od/glossary/p/bostonterrie... http://www.artnet.com/galleries/exhibitions.asp?gi... http://dachshundlove.blogspot.com/2007/11/dachshun...